Perkembangan motor kasar di kalangan murid orang asli berumur tujuh, lapan dan sembilan tahun di daerah Gua Gusang Kelantan

Asraff Ariff, Halijah Ibrahim

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak Orang asli yang berumur tujuh, lapan dan sembilan tahun serta membezakannya dengan menggunakan skala Gross Motor Development Quotient (GMDQ). Kajian ini berbentuk ex post facto yang melibatkan 120 orang subjek (L:67, P:53) yang berumur diantara tujuh, lapan dan sembilan tahun. Ujian perkembangan motor kasar Ulrich (2000) telah dijalankan untuk mengukur tahap perkembangan motor kasar murid-murid Orang Asli bagi kemahiran lokomotor dan manipulatif. Skor yang diperolehi ditranskripkan bagi mendapatkan skor GMDQ. Skor-skor ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0 bagi membandingkan min pencapaian motor kasar murid-murid Orang Asli mengikut peringkat umur tujuh, lapan, dan sembilan tahun. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi GMDQ murid-murid Orang Asli berumur tujuh, lapan, dan sembilan tahun [F (2, 117) = 40.264, p< .05].  Bagi analisis Post Hoc Test, ketiga-tiga kumpulan umur murid-murid Orang Asli menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor GMDQ (p < 0.05). Kajian menunjukan terdapat  perbezaan GMDQ mengikut peringkat umur. Perkembangan motor kasar murid-murid orang asli yang berumur tujuh tahun boleh dikatakan berada dalam perkembangan yang normal, manakala murid-murid orang asli yang berumur lapan, dan sembilan tahun mempunyai perkembangan motor yang lemah.

 

Kata Kunci: Motor kasar, Orang asli, skor GMDQ


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.15282/mohe.v6i2.150


Movement, Health & Exercise (MoHE) Journal

Innovative Manufacturing, Mechatronics & Sports Lab (iMAMS)
Faculty of Manufacturing Engineering
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang, MALAYSIA

Tel.: +609 424 6358

Email: admin@mohejournal.com

DOI: http://dx.doi.org/10.15282/mohe