Persepsi atlet pelajar: tingkah laku kejurulatihan sukan balapan dan padang

Jasmine Chiu Hung Ling, Kim Geok Soh, Othman Talib, Aminuddin Yusof

Abstract


Dalam konteks mendalami pengetahuan kejurulatihan dalam sukan di Malaysia khususnya di Sarawak, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi atlet pelajar terhadap tingkah laku kejurulatihan, di samping mengenal pasti tingkah laku kejurulatihan yang diingini oleh atlet pelajar serta tingkah laku yang sedia ada pada kejurulatihan sukan balapan dan padang negeri Sarawak.  Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata mengikut saiz kumpulan sama (equal-size groups in stratified sampling).  Responden kajian terdiri daripada 252 orang atlet pelajar sekolah menengah (lelaki, n = 162; perempuan, n = 162) yang berumur 13 hingga 18 tahun dan pernah mewakili bahagian masing-masing dalam pertandingan.  Soal selidik Skala Kepimpinan untuk Sukan (LSS) yang dibangunkan oleh Chelladurai dan Saleh (1980) telah diadaptasikan dan digunakan sebagai intrumen kajian untuk mengukur 5 tingkah laku kejurulatihan. Daripada persepsi atlet pelajar sukan balapan dan padang Sarawak terhadap tingkah laku kejurulatihan, didapati bahawa tingkah laku yang dingini oleh atlet pelajar adalah sama dengan tingkah laku kejurulatihan yang sedia ada pada jurulatih.  Kajian mendapati bahawa tingkah laku yang diingini oleh atlet pelajar mengikut keutamaan adalah tingkah laku Arahan dan Latihan (M = 4.33, SP = 0.67), diikuti oleh tingkah laku Maklum Balas Positif (M = 4.14, SP = 0.74).  Dapatan persepsi atlet pelajar terhadap tingkah laku yang kerap sedia ada pada jurulatih pula adalah tingkah laku arahan dan latihan (M = 4.13, SP = 0.68), diikuti tingkah laku maklum balas positif (M = 3.89, SP = 0.75). Secara kesimpulannya, didapati bahawa persepsi atlet terhadap tingkah laku kejurulatihan adalah tidak berbeza dari segi jantina, kedua-dua atlet lelaki dan perempuan menyatakan pandangan yang serupa dalam tingkah laku kejurulatihan yang diingini dan tingkah laku kejurulatihan yang sedia ada pada jurulatih, iaitu tingkah laku Arahan dan Latihan.

Keywords


tingkah laku yang diingini; tingkah laku yang sedia ada; gaya kepimpinan; persepsi atlet

Full Text:

PDF

References


Ahmad, H. G. (2007). Kejurulatihan Dan Sains Sukan (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Chelladurai, P. (1990). Leadership in sports: A review. International Journal of Sport Psychology, 21, 328 - 354.

Chelladurai, P. (1993). Leadership Handbook of research in sport psycology. New York: Macmillan.

Chelladurai, P. (2007). Leadership in sports. The handbook of sport psychology (3rd ed.). New York: Wiley.

Chelladurai, P., & Carron, A. V. (1978). Leadership. Ottawa, Canada: Canadian Association of Health, Physical Education and Recreation.

Chelladurai, P., & Saleh, S. D. (1978). Preferred leadership in sports. Canadian Journal of Applied Sport Sciences, 3, 85 - 92.

Chelladurai, P., & Saleh, S. D. (1980). Dimensions of leader behavior in sports: Development of a leadership scale. Journal Of Sport Psychology, 2, 34-45.

Crust, L., & Azadi, K. (2009). Leadership preferences of mentally tough athletes. Personality and Individual Differences, 47, 326 - 330.

Embi, M. Z. B. (2011). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Jurulatih Dengan Bersepadu Pemain Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Negeri Selangor. . Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Ericsson, K. A. (2009). Development of professional expertise: Toward measurement of expert performance and design of optimal learning enviromnment.: Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Feltz, D. L., Chase, M. A., Moritz, S. E., & Sullivan, P. J. (1999). A Conceptual Model Of Coaching Efficacy: Preliminary Investigation and Instrument Development. journal of Educational Psychology, 91(4), 765-776.

Institut Sukan Negara. (2014). Research Committee Report: 2012 - 2013. Kuala Lumpur.

Jambor, E., & Zhang, J. (1997). Investigating leadership, gender, and coaching level using the revised leadership for sport scale. Journal of Sport Behavior, 20(3), 313 - 321.

Jowett, S., & Poczwardowski, A. (2007). Understanding The Coach-Athlete Relationship. Social Psychology in Sport, 3 - 14.

Kaynaka, K., Canb, Y., Kirandic, O., & Boz, M. (2014). Examination of the relationship between role satisfaction and achievement motivation among players: a research on veteran national players. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 152, 465 - 469.

Kidane, W. W., Reddy, R. C., & Babu, M. S. (2013). Players Satisfaction and Coachs' Coaching Behavior in the Case of Ethiopian National Soccer Team. Journal of Research In Commerce & Managment, 2(5), 122-133.

Kravig, S. D. (2003). Coaching Behavior Preferences Of Interscholastic Athletes. Univeristy of North Texas.

Lorimer, R., & Jowett, S. (2009). Empathic Accuracy, Meta-Perspective, and Satisfaction in the Coach-Athlete Relationship. Journal of Applied Sport Psychology, 21, 201-212.

Martin, S. B., Dale, G. A., & Jackson, A. W. (2001). Youth coaching preferences of adolescent athletes and their parents. Journal of Sport Behavior, 24, 197 - 212.

Moen, F., & Sandstad, H. (2013). Subjective expectations among athletes about coaches in sport. Journal of Human Subjectivity, 11, 135 - 155.

Pilus, A. H. M., & Saadan, R. (2009). Coaching Leadership Styles And Athlete Satisfactions Among Hockey Team. Journal Of Human Capital Development, 2, 77-87.

Riemer, H. A., & Chelladurai, P. (2010). Manual for the Leadership Scale for Sports (LSS).

Riemer, H. A., & Toon, K. (2001). Leadership and Satisfaction in Tennis: Examination of Congruence, Gender, and Ability. Research Quarterly for Exercise and Sport, 72(3), 243 - 256.

Samah, I. H. A., Adekalu, S. O., Omar, Z., & Ismail, I. A. (2013). Influence of Coaches' Behavior on Athletes' Motivation: Malaysian Sport Archery Experience. Internatinal Journal of Research in Management, 5(3), 136 - 142.

Samah, I. H. A., Omar, Z., & Osman, A. (2015). An Investigation of Athletes’ Satisfaction towards Teammates and its Relationship with Athletes’ Intrinsic Motivation. International Journal of Science: Basic and Applied Research (IJSBAR), 20(1), 349 – 355.

Shokri, A., Viladrich, C., Cruz, J., & Alcaraz, S. (2014). Adapting BRSQ to Assess Coach’s Perception of Athletes’ Motivation: Internal Structure Analysis. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 159, 497 - 505.

Soh, K. G., Wazir, M. R., & Chee, C. S. (2014). Kajian Sukan Di Malaysia (Vol. 2). Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sullah, A., Tan, C. H., & Ismail, S. (2014). Preferred Coaches Leadership Styles of Malaysian Football Teams. Proceedings of the International Colloquium on Sports Science, 635 Exercise, Engineering and Technology.

West, L. (2016). Coach-Athlete Communication: Coaching Style, Leadership Characteristics and Psychological Outcomes. (Masters of Education in Human Movement Sport and Leisure Studies, Masters Projects.), Bowling Green State University




DOI: http://dx.doi.org/10.15282/mohe.v6i2.153


Movement, Health & Exercise (MoHE) Journal

Innovative Manufacturing, Mechatronics & Sports Lab (iMAMS)
Faculty of Manufacturing Engineering
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang, MALAYSIA

Tel.: +609 424 6358

Email: admin@mohejournal.com

DOI: http://dx.doi.org/10.15282/mohe