Analisis tahap kebimbangan pra-pertandingan atlet lelaki bawah lapan belas tahun pedalaman Sabah

Joseph Nandu, Hasnol Noordin

Abstract


Faktor psikologi adalah merupakan antara faktor penyumbang yang mempengaruhi pencapaian seseorang atlet dalam acara sukan. Kajian berbentuk ex post facto  bertujuan untuk melihat perbandingan kebimbangan pra-pertandingan berdasarkan acara balapan dan acara padang ke atas enam puluh empat orang atlet lelaki bawah lapan belas tahun Pedalaman Sabah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah The Competitive State  Anxiety Inventory-2 (CSAI-2). Dapatan kajian adalah signifikan (t=2.088, df=62, p<.05) iaitu terdapat perbezaan antara atlet kedua-dua acara balapan dan padang dari segi kebimbangan pra-pertandingan. Dapatan bagi subskala kebimbangan kognitif dan somatik juga adalah signifikan iaitu(t=2.140, df=62, p<.05), (t=2.623, df=62, p<.05) sementara dapatan bagi subskala keyakinan diri pula adalah tidak signifikan (t=-.413, df=62, p>.05).   

Keywords


Kebimbangan pra-pertandingan, kognitif, somatik, keyakinan diri

References


Shaharudin, A. A. (2006). Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Duda, J. L., & Whitehead, J. (1998). Measurement Of Goal Perspective In The Physical Domainc. In J. L. Duda, Advances In Sport And Exercise Psychology Measurement (pp. 21-48). Morgatown USA: Fitness Information Technology, Inc.

Ani Mazliana Dewi, M., Mawarni, M., Ruzli, Z., & Mohd. Sofian, O. F. (2007). Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat Universiti. Asian Journal Of Univerdity Education, 38-56.

Hanton, S., Thomas, O., & Mellalieu, S. (2009). Management Of Competitive Stress In Elite Sport. In B. B., International Olympic Commitee Sport Psychology Handbook (pp. 30-42). Blackwell Publishing.

Papaioannou, A. G., & Hackfort, D. (2016). Sport & Exercise Psychology. London and New York: Routledge.

Martens, R., Vealey, R. S., & Burton, D. (1999). Competitive Anxiety In Sport . Champaign, Illinois : Human Kinetics.

Rosli, S., Lim, B. H., Hamdan, M. A., & Zanariah, J. (2016). The Relationship Between Competitive Anxiety ANd Goal Orientation Among Junior Hockey Athletes. IOSR Journal Of Sports And Physical Education (IOSR-JSPE), 33-37.

Truong, L. V. (2016). Analysis Of Competitive State Anxiety In Futsal Players At Vietnam Futsal Championship. International Journal Of Physical Education, Sports And Health, 4(2), 01-03.

Das, M., & Chatterjee, M. (2018). Relationship Between Perception Of Coach Efficacy And Competitive State Anxiety Among Players - An Exploration. International Journal Of Physical Education And Sports, 3, 2, 12-18.

Kumar, R. (1996). Research Methodology: A Step-By-Step For Beginners. Sydney : Longman.

Hasnol, N. (2017). Faktor Antropometrik, Kecergasan Fizikal Dan Motivasi Orientasi Matlamat Pemain Dan Pasukan Ragbi Bawah lapan Belas Tahun Di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaysia Sabah.

Sabitha, M. (2009). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Chua, Y. P. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan. Seri Kembangan, Selangor: Mc Graw Hill.




DOI: https://doi.org/10.15282/mohe.v9i1.377