KESAN MUZIK SEMASA AKTIVITI KEGIATAN JASMANI TERHADAP MOOD MURID – MURID SEKOLAH RENDAH

Mazlan Ismail, Kamarul Azhar Kamarudin

Abstract


Kajian ini bertujuan  adalah untuk melihat kesan muzik semasa aktiviti kegiatan jasmani terhadap mood murid-murid sekolah rendah. Kajian ini dilaksanakan ke atas murid-murid sekolah rendah di daerah Seremban yang melibatkan tiga (n=3) buah sekolah, iaitu berfokus kepada sekolah di kawasan luar bandar sahaja yang merangkumi seramai satu ratus lapan puluh orang (n=180) iaitu 90 orang murid lelaki dan 90 orang murid perempuan. Hasil kajian ini menunjukkan satu keputusan yang mendapati  terdapatnya kesan mood yang positif  semasa aktiviti pendidikan jasmani dengan memasukkan elemen muzik dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, Kajian ini dijalankan selama dua minggu. Seminggu dua sesi kelas subjek Pendidikan Jasmani yang berdurasi setiap sesi mengambil masa selama 30 minit. Kesemua subjek kajian berumur sembilan tahun dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C.  Kajian ini berbentuk  experimental. Kumpulan A mengikuti silibus sukatan pelajaran Tahun Tiga yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,  Kumpulan B menjalankan  permainan bebas dan Kumpulan C juga mengikuti silibus sukatan pelajaran Tahun Tiga yang sama seperti kumpula A tetapi diperdengarkan dengan latar belakang alunan muzik pada setiap sesi pembelajaran. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara terhadap mood murid-murid antara ketiga-tiga kumpulan. Keputusan menunjukkan kumpulan C yang diserapkan elemen muzik menunjukkan  kecenderungan mood yang lebih baik dan positif berbanding kumpulan lain.  Hasil kajian ini juga dapat menarik minat kanak-kanak mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dengan lebih aktif serta memberi impak positif  kepada individu, pentadbiran sekolah dan masyarakat tentang subjek Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek yang menyeronokkan serta menjurus kearah pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan keintelektualan.


Keywords


Mood; Muzik; Pendidikan Jasmani

Full Text:

PDF

References


Bailey, R. (2006). Physical education and sport in schools: a review of benefits and outcomes, Journal of science health, 76(8), 397-401.

Cohen J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences. New York, NY: Routledge Academic.

Eady, I., & Wilson, J.D. (2004). The influence of music on core learning. Education, 125 (2), 243-248.

Giles, M. (1991). A little background music , please. Principal. November, 41-44.

Hallam, S. (2010). The power of music: Its impact on the intellectual, social and personal development of children and young people. International Journal of Music Education. 28(3), 269-289.

Jery Suls. (2005). The daily life of the garden-variety neurotic, stressor exposure, mood spillover, and maladaptive coping. US National Library Medicine Institutes of Health.

Koopman, C. (2005). Muziek maakt slim? Over de rechtvaardiging van muziekonderwijs. [Music makes smart? About the justification of music education.] In J. Herfs et. al . Muziek Leren. Handboek voor basis-en special onderwijs. Assen; Van Gorcum.

Nurulhuda (2017). Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Schellenberg, E.G., Nakata, T., Hunter, G., & Tarnoto, S. (2007). Exposure to music and cognitive performance: tests of children and adults. Psychology of Music.35 (5), 5-19.

Shulman. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review: April 1987, Vol. 57, No. 1, pp. 1-23.

Smith & Christensen, (1995). Hostility, health and social contexts. American Psychological Association.

Waller, G.D. (2007). The impact of music education on academic achievement, attendance rate, and student conduct on the 2006 senior class in one Southeast Virginia Publc School division. Blacksburg: Unpublished doctoral dissertation.

Waterhouse, L. (2006). Multiple intelligence, the Mozart effect and emotional intelligence: a critical review. Educational Psychologist.




DOI: https://doi.org/10.15282/mohe.v8i1.248